PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi pelepasan cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan langkah ini, walaupun kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM350 juta, namun ia dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475.
“Khabar gembira ini akan memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai,” katanya pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di sini Khamis.
Dalam Bajet 2016
Dalam pembentangan Bajet 2016 sebelum ini, pelepasan cukai bagi anak di bawah 18 tahun dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,000 mulai taksiran 2016.
Pelepasan cukai bagi individu yang isteri tidak mempunyai pendapatan, juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000. – BERNAMA

Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal Di Putra H ...

Lelaki Ditemui Meninggal Atas Bumbung Pasar Siti H ...

Lancar Duet Raya Dengan Anak, Sharifah Zarina Teru ...

Kebakaran Putra Heights : Punca, Kronologi & P ...