Jerlun – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengucapkan terima kasih atas kesetiaan yang tunjukkan oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Aminuddi Omar kerana setia bersama beliau disaat krisis melanda kepimpinan negeri.
Mukhriz menyifatkan Aminuddin sebagai seorang pemimpin muda yang sehati dan sejiwa dengan pendirian politik beliau.
“Yang saya hormati sahabat saya, Datuk Aminuddin Omar yang ini kalau orang Sabah kata ‘tatap’ kerana sehati sejiwa (bersama saya).
“Kalau saya tumbang, dia pun tumbang sekali tapi insyallah kalau saya naik, saya akan bawa dia naik sama” ujarnya ketika memberikan ucapan lewat malam tadi di Kg Sanglang, Ayer Hitam.
Mukhriz turut menjelaskan walaupun beliau secara luarnya nampak tenang namun pada hakikatnya ia tidak seperti yang digambarkan.
“Dan saya yakin kalau kita bersabar dan semua bersama dengan saya (bersifat tenang) macam Pak Abu kata tadi (saya) masih boleh senyum.
“Senyum-senyum (tapi) dalam hati (saya) hanya tuhan sahaja yang tahu” kata Mukhriz jar Mukhriz di hadapan kira-kira 300 orang penyokongnya.
Anak Tun Mahathir itu turut menegaskan untuk tidak menerima sebarang jawatan lain sebagai langkah penyelesaian ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan yang sedang melanda negeri itu.
“Percayalah selagi ada nyawa dalam tubuh badan ini saya akan tetap perjuangan nasib dan kepentingan rakyat.
“Walaupun akan ditawarkan macam-macam (mungkin) jawatan yang tinggi-tinggi di peringkat kebangsaan (pusat) sekalipun saya (tetap) memilih untuk tidak mengkhianati rakyat negeri Kedah.
Pimpinan Kedah sebelum ini berkata Mukhriz bakal dilantik sebagai Timbalan Menteri sebagai balasan untuk melepaskan jawatan menteri besar.