loading...

Majlis Angkat Sumpah MB Kedah, Esok Petang

ALOR SETAR: Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang baru bagi mengantikan Dato’ Seri Mukhriz Mungkin dijangka berlaku esok.

 

Angkat Sumpah tersebut dikatakan berlangsung ketika Majlis menghadap ADUN Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada jam 2 petang esok.

 

Antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang akan hadir esok ialah Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dan Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 

Pada Majlis itu nanti, setiap ADUN Kedah akan berjumpa Ahli Jemaah Pemangku Kedah itu menyatakan pendirian mereka terhadap pemilihan MB Kedah yang baru.

 

Sementara itu, ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin ketika dihubungi SuaraTV turut mengesahkan mengenai perjumpaan itu.

 

“Ya, kami semua telah diminta untuk hadir bagi mengadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok petang.

 

“Saya juga difahamkan kami akan mengadap seorang demi seorang untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong atau menolak perlantikan Menteri Besar yang baru” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sebarang spekulasi berhubung majlis angkat sumpah yang dikatakan akan diadakan sejurus selepas itu.

 

“saya tidak pasti mengenai majlis angkat sumpah” ujarnya ringkas.

 

Spekulasi berhubung perlantikan menteri besar hangat diperkatakan selepas semua ADUN BN diminta hadir untuk mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

 

Sekiranya majoriti ADUN BN bersetuju menolak Mukhriz sebagai menteri besar dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati dengan pengakuan tersebut maka satu majlis angkat sumpah bakal diadakan dalam masa terdekat.

 

Dalam pada itu, EXCO Kedah akan berjumpa dengan Perdana Menteri, datuk Seri Najib dalam satu perjumpaan tertutup petang ini di Putrajaya menurut sumber.

 

 

Previous
Next Post »
loading...