loading...

Malaysia Jadi Pusat Lawan Propaganda Pengganas Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal menjadi pusat melawan propaganda ekstremis di internet bagi rantau Asia Tenggara, melalui pembentukan Regional Digital Counter-Messaging Center (RDC3) tidak lama lagi.

 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan RDC3 akan mula beroperasi pada 1 Mei depan.

 

“Saya ingin menyeru masyarakat antarabangsa terutama negara-negara Asean untuk bekerjasama secara rapat (dalam menangani keganasan,” katanya dalam ucapan penutup Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Anti-Ekstremisme di sini petang semalam.

 

Pusat seumpama itu sudah pun diwujudkan oleh Amerika Syarikat bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Julai lalu.

 

Dalam sidang media selepas itu, beliau menjelaskan RDC3 Kuala Lumpur akan mengambil acuan daripada pusat yang ditubuhkan bersama oleh Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tersebut.

 

“Acuan itu akan kita gunakan untuk pusat di Malaysia. Kerajaan juga sudah memberikan peruntukan awal kira-kira RM200 juta untuk itu,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Jakarta mendukung pembentukan RDC3 itu kerana ia akan membantu negara rantau ini mendapatkan maklumat terkini yang akan membolehkan penyebaran penerangan secara tersusun dan terarah. – FMT

Previous
Next Post »
loading...