KUALA LUMPUR — Penyanyi dan komposer Faizal Tahir tidak menyangka mesej kemanusiaan yang disampaikan dalam lagu ciptaannya, Assalamualaikum menarik perhatian dan pujian Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Faizal, 38, berkata, dirinya bersyukur dan tersentuh dengan respons positif Asri selepas menyertai pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL30) di Shah Alam, Ahad lalu.
“Saya kehilangan kata-kata apabila dapat tahu perkara ini. Tidak pernah terfikir lagu ini akan mendapat pujian.
“Pun begitu, saya bersyukur apabila ada pihak yang sedar dan dapat mencerap mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu ini,” katanya dilapor Harian Metro, hari ini.
Lagu bergenre pop rock ciptaan bersama Mike Chan, Omar K, Ezra Kong
Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohamad Tahir berkata, penghargaan itu bukan untuk dirinya tetapi seluruh pasukan yang berusaha menghasilkan lagu itu.
“Saya menghargai pendapat beliau. Terima kasih banyak-banyak atas kata positif itu. Penghasilan karya berkenaan membabitkan kerja berpasukan dan bukan usaha saya seorang.
“Setiap daripada kami memainkan peranan masing-masing termasuk ketika persembahan AJL30,” katanya.
Asri, atau dikenali Dr MAZA dalam coretan Facebook Selasa lalu memuji usaha Faizal menyelitkan unsur mesej kemanusiaan dalam karya dan menyeru penggiat seni tanah air yang lain mencontohi usaha itu. – MalayMail

Kalau Tak Nak Bantu, Duduk Diam..-anthony Loke P ...

Wanita Cedera Digigit, Dipukul Suami Mabuk ...

#hiburan: Trump Kenakan Tarif, Malaysia Mungkin Ke ...

Volkswagen Bangunkan Amarok 2027, Khusus Untuk Ame ...