loading...

Apapun Cadangan Tarikh, PRN Hanya Diadakan Lepas DUN Bubar – SPR

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sesiapa sahaja boleh memberi cadangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak.

 

Namun katanya mengikut peruntukan SPR, proses pilihan raya hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

 

“Selagi DUN tidak dibubarkan, SPR tidak akan menentukan tarikh pilihan raya kerana tugas berkaitan pilihan raya hanya bermula selepas itu termasuk urusan tarikh penamaan calon dan pengundian.

 

“Itu sahaja maklum balas SPR berkaitan kenyataan itu,” katanya kepada Bernama malam tadi.

 

Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam tadi bahawa beliau memilih mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-11 pada 30 April depan, manakala tarikh penamaan calon pada 18 April. – BERNAMA

Previous
Next Post »
loading...