loading...

Rahsia Membeli Telefon Pintar Percuma Pelbagai Aksesori Di Rakuten

Kalau anda berminat untuk dapatkan telefon pintar baru, fikir dua kali sebelum anda melangkah masuk ke kedai di luar sana kerana kami ada cara bagaimana untuk berjimat selain terima pelbagai aksesori secara percuma.

Kami sedar banyak kedai di luar sana turut memberikan hadiah percuma kepada anda jika membeli telefon pintar namun selalu bukan pilihan anda — cara kami ini, anda boleh pili aksesori mana anda mahu. Bersedia?

1. Daftar Di Rakuten Malaysia

Screen Shot 2016-01-06 at 12.04.28 PM

Ini langkah wajib yang perlu anda lakukan kerana cara ini hanya sah berlaku di Rakuten Malaysia. Sekarang mereka ada kempen hebat memberikan semula 5% dari nilai belian anda untuk digunakan pada pembelian seterusnya.

Bermakna jika anda membeli pada nilai RM1,000 anda akan terima 50 mata Rakuten Super Points yang boleh anda tebus sebagai RM50 pada pembelian seterusnya. Okay faham kan?

2. Cari Telefon Pintar Idaman Anda

Screen Shot 2016-01-06 at 11.49.22 AM

Pada kami ianya adalah Samsung Galaxy S6 yang dijual pada harga RM2,424 di Rakuten Malaysia. Dengan membeli telefon pintar ini, kami akan menerima 121 mata Rakuten Super Point.

Jika anda pemegang kad MasterCard dan menggunakan kad tersebut untuk pembelian ini pada hari Rabu, anda akan menerima lagi 5% diskaun dari harga pembelian. Lebih jimat, ingat hanya hari Rabu.

Screen Shot 2016-01-06 at 12.05.43 PM

Jika membeli dengan MasterCard, mata yang anda terima adalah 115 Rakuten Super Point.

Lengkapkan pembelian anda, mata dikumpul digunakan pada langkah seterusnya.

3. Cari aksesori berkaitan telefon

Screen Shot 2016-01-06 at 11.56.58 AM

Dengan 115 mata Rakuten Super Point yang terkumpul bermakna kami boleh membeli aksesori Samsung Galaxy S6 sebanyak mungkin pada nilai RM115. Inilah masa untuk anda memilih mana yang anda suka. Bukan setakat satu atau dua atau tiga pilihan.

Jika telefon pintar anda beli pada hari Rabu, apa kata aksesori pilihan anda dibeli pada hujung minggu kerana pihak Rakuten akan berikan kupon khas secara rawak pada setiap hujung minggu.

Mana tahu akan dapat lebih mata atau diskaun untuk membeli lebih aksesori kegemaran anda.

4. Ulang langkah untuk pembelian lain

Screen Shot 2016-01-06 at 12.12.55 PM

Ini kami ringkas penjimatan yang anda terima jika berbelanja menggunakan cara ini

Harga asal: RM2,599
Harga Rakuten: RM2,424
Beli dengan MasterCard (pada hari rabu): RM2,302.80
Terima 115 Rakuten Super Point: RM115 (cashback)
Penjimatan: RM411

Selepas ini jika anda mahu membeli barang, ingat yang Rakuten ada berikan 5% cashback dna boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Atau jika anda kumpul cukup banyak mata, anda boleh dapat barangan berhaga ribuan ringgit dengan percuma kerana mata dikumpul tidak mempunyai had. Selamat bershopping!

Previous
Next Post »
loading...