ALOR SETAR – Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada akan kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau sebaliknya dijangka diketahui pada Isnin.
Seramai 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional telah diminta menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah melibatkan dua adinda Sultan Kedah serta anakanda Yang di-Pertuan Agong yang akan memutuskan berhubung perkara itu.
Setiap Adun akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana
Semua wakil rakyat terlibat dijangka menghadap anggota jemaah itu bermula pukul 2 petang ini di Wisma Darul Aman.
Sumber berkata, sidang media telah diatur selepas pertemuan itu bagi memaklumkan keputusan berkaitan kedudukan Menteri Besar Kedah.
Sumber itu juga memaklumkan, jika Mukhriz disingkirkan, penggantinya akan diumumkan petang Isnin. – mstar

Penjawat Awam Nyaris Terkena Tembakan Ketika Meman ...

Unfollow & Padam Gambar Bersama, Percintaan ...

Pemandu Lori Parah Diserang Harimau Kumbang ...

Wanita Cedera Digigit, Dipukul Suami Mabuk ...