loading...

Van Gaal Tak Berganjak Biarpun Penyokong Marah

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Louis van Gaal memberitahu teman rapatnya bahawa beliau tidak bercadang melepaskan jawatan, sebaliknya akan terus berjuang ketika dia dihimpit kemarahan penyokong.

 

Berikutan kekalahan di tangan Southampton di Old Trafford, Sabtu lalu, situasi masih tidak menentu dan kemungkinan pemecatan Van Gaal tidak boleh dibuat ketika United sedang mengalami keputusan kurang baik serta prestasi buruk.

 

Buat masa ini, ia seakan mengekalkan sokongan Ed Woodward ketika bos United itu tetap mahu mendapatkan pandangan daripada pemain.

 

Woodward meluangkan masa melihat sesi latihan pasukan untuk aksi Piala FA bertemu Derby County ketika ada spekulasi minggu lalu mengatakan Van Gaal ditawarkan untuk melepaskan jawatannya di United.

 

Sebaliknya pengendali berusia 64 tahun itu memberitahu rakan rapatnya yang beliau tidak akan meletakkan jawatan. – Agensi

Previous
Next Post »
loading...