loading...

Video: Mukhriz Bersedia Tinggalkan Pejabat Menteri Besar

Jerlun -Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau dan keluarganya telah lama bersedia dengan kemungkinan digugurkan dari jawatan Menteri Besar.

 

Mukhriz ketika memberikan ceramah lewat malam tadi turut menjelaskan semua kelengkapan miliknya telah dikemaskan seandainya Jemaah Pemangku Sultan Kedah bersetuju untuk menukar kepimpinan negeri itu.

 

“Jadi sebab itu saya kata, bertenang (dan) bersabar kadang-kadang akan muncul berita-berita yang tidak mengembirakan (serta) yang mengejutkan (sebab) saya pun tak tahu sentiasa bersedia.

 

“(Selepas isu ini berlaku) isteri saya pun dah tanya dah nak kemas barangkah (dan) saya kata memang dari dulupun kita kemas dah, anytime ready (sentiasa bersedia) nak pi dah” ujar  Mukhriz di hadapan kira-kira 300 orang penyokongnya Kg Sanglang, Ayer Hitam.

 

Kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah, memandangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang menduduki jawatan Yang di-Pertuan Agong.

 

Mukhriz turut mengesa agar para penyokongnya terus berdoa dan bertawakal sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan kedudukannya.

 

“Jadi kita (perlu) bertawakal dan apapun kesudahannya, mungkin cepat atau lambat.

 

“Saya rasa percaya bahawa kebaikan yang kita perjuangkan itu akan menjadi kenyataan seperti yang kita impi-impikan” uajrnya pula.

 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebelum ini menyatakan hampir seluruh kepimpinan Umno negeri itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. – SuaraTV

LAPORAN VIDEO MENYUSUL

Previous
Next Post »
loading...