loading...

Maya Karin Faham Derita Rakyat Akibat Ekonomi Gawat

Ketika ini, bukan sahaja rakyat biasa turut terasa dengan kegawatan ekonomi malah dalam masa yang sama turut dirasai oleh pelakon dan juga penyanyi Maya Karin. Sebelum ini, Maya juga pernah menyoal tentang tambang harga bas yang tinggi.

BACA: Maya Karin Ditegur Peminat Kerana Sambut Krismas

“Selain beberapa rakan artis yang saya rapat, saya juga ada ramai kawan rapat dari latar belakang kerjaya yang berbeza-beza. Secara tidak langsung apabila saya bersama dengan mereka membuatkan saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa saya ini bukan selebriti malah saya sebenarnya tidak gemar digelar selebriti”

“Sebaliknya berlakon dan menyanyi itu hanyalah kerja saya. Saya selalu ambil tahu mengenai perkembangan semasa. Saya juga membaca komen, pendapat dan luahan masyarakat di laman-laman sosial tentang perkembangan ekonomi sekarang”

“Saya juga ada bertanya kepada pekerja-pekerja di bawah syarikat rakaman naungan saya misalnya mengenai gaji mereka, bayaran tol dan sebagainya. Saya bertanya juga kepada jiran-jiran, kepada ahli keluarga saya antaranya yang tinggal di Sri Kembangan dan Sungai Penchala.

“Sebab, saya sendiri terkejut tol Sungai Penchala sampai RM3. Saya akui saya juga terkesan dengan kenaikan tersebut dan situasi ekonomi sekarang sebab saya seorang yang berjimat. Sejak kecil saya sudah didik dengan sikap tidak berbelanja berlebih-lebih sangat sebaliknya membeli apa yang betul-betul perlu.

“Jadi dalam situasi kita sekarang, saya faham dengan kekecewaan dan apa yang dilalui masyarakat,” katanya kepada Malaysia Digest baru-baru ini. (rtky/s)

Previous
Next Post »
loading...