SHAH ALAM – Volkswagen Passenger Cars Malaysia semalam, melancarkan model Passat serba baharu.
Passat serba baharu itu hadir dalam tiga varian dan ditawarkan pada harga RM159,990 untuk Trendline, RM179,990 bagi Comfortline dan RM198,990 (Highline).
Generasi kelapan model tersebut menampilkan reka bentuk unggul, enjin yang ekonomikal dan dilengkapi teknologi terkini.
Pengarah Urusannya, Florian Stenier berkata, untuk kali pertama di dalam sebuah kenderaan Volkswagen di negara ini, Passat dilengkapi dengan ciri ‘easy open’ iaitu alat pengesan bebas atau bebas kunci yang mengawal serta membuka ruang kargo belakang secara automatik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu.
Sementara itu, turut dilancarkan ialah Beetle Dune yang ditawarkan pada harga RM179,900. -Utusan
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW