KUALA LUMPUR – Seramai 300 rakyat Malaysia mendesak menolak duta Myanmar di Masjid negara hari ini menerusi perhimpunan solidariti ummah isu Rohingya
Menerusi perhimpunan itu juga turut menuntut solidariti berhubung isu Syria dan sekatan Mesir ke Gaza.
Ketua Pemuda Pas pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, PAS yang mewakili rakyat selain menolak duta tersebut pihaknya turut memberi amaran agar duta negara itu dihalau keluar dari negara ini jika isu etnik Islam Rohingya masih belum selesai dan berterusan ditindas.
“Kita mendesak agar duta Maynmar dihalau keluar daripada negara ini,”katanya berucap pada perhimpunan itu petang tadi.
Ratusan rakyat Malaysia dan Rohingya bertakbir sambil melaungkan pembebasan etnik itu di pusat bandar Seoul masjid negara.
Sehingga pukul 4 petang, dianggar lebih 300 orang berkumpul di sekitar Masjid negara menyatakan solidariti bersama sepanduk bagi isu penindasan etnik tersebut.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW