loading...

Video : Jamal, Maria Otak Tak Betul Guna Emosi Kata Ali Tinju

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju hari ini menyifatkan Ketua Pertubuhan Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin sebagai berfikiran tidak waras.

 

 

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung gesaan supaya pihak berkuasa menghalang Bersih 5.0 dan Gerakan Merah v2 daripada berhimpun di jalanan.

 

 

“Apa nak jadi kalau semua rakyat menyokong mereka? kalau ada kes pembunuhan dan pertempuran siapa yang akan bertanggungjawab pada hari tersebut? Jadi dunia dan rakyat yang tidak bersalah ini akan menuduh kelemahan kerajaan tidak dapat mengatasi himpunan haram yang telah dirancang sekian lama.

 

“Semua pihak DAP, PAN, PAS, PKR dan UMNO jangan bergaduh. Sampai bila kita nak berpolitik 24 jam. Negara bermasalah hari ini kerana orang politiklah. Buat demo. Semua (perlu) gunakan otak, semua (perlu) berfikiran waras tidak seperti Maria Chin, Jamal ‘kadang-kadang otak kat lutut’ (mereka) guna emosi sebab itu kes jadi huru hara,”katanya ditemui selepas membuat laporan polis di balai polis Wangsa Maju di sini.
Beliau berkata, perhimpunan kedua-dua kumpulan itu haram, tidak mendapat permit malah wajar mendapat campur tangan daripada pihak berkuasa.

 

 

“Saya harap, semua rakyat Malaysia berbilang kaum supaya bersama-sama dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) yang mana (khalid) telah memberi berbagai amaran kepada kuning dan merah.

 

 

“Kita lihat provokasi yang dibuat sejak Oktober lalu amat merbahaya dan provokasi memperlihatkan situasi yang tidak baik kepada negara hari ini,”katanya.

 

 

Ali turut melahirkan rasa kebimbangannya berhubung perhimpunan yang bakal berlangsung sabtu ini akan berlaku vandalisme sekali gus menyebabkan peniagaan di sekitar ibu kota terjejas.

 

“Ia mencemarkan imej negara di mata dunia selain merosakkan keharmonian dan kestabilan kaum di negara ini,” tegasnya.

 

Terdahulu, Ali pernah bergerak bersama-sama Jamal dalam gerakan merah.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...