loading...

Tiga Beradik Perempuan Tebar Roti Canai, Pecah Dominasi kaum Lelaki

PASIR MAS — Menjual 200 keping roti canai sehari, ibu tunggal beranak dua merasakan kesabarannya selama ini berbaloi apabila perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan luar biasa pelanggan.

 

Nor Hasnah Abd Aziz mengusahakan kedai “Roti Canai 3 Beradik” di Kampung Chetok, di sini bersama dua lagi adiknya Suzirana, 25, dan Shahrul Ashikah, 22, sejak dua bulan lalu.

 

“Saya perlu mencari duit sendiri dan bangkit daripada kesedihan selepas bercerai dengan bekas suami.

 

“Sebelum ini, saya hanya suri rumah namun mempunyai kebolehan membuat roti canai hasil belajar di kedai makan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

 

“Selepas berbincang dengan adik, kami membuat keputusan membuka kedai makan dengan Roti Canai Tiga Beradik sebagai pelaris.”

 

Hasnah, 28, berkata perniagaan yang dibuka dari 10.30 pagi hingga 12 tengah malam itu mampu menjana pendapatan RM500 sehari selepas ia menjadi viral di laman sosial.

 

Katanya, selain menghidangkan masakan panas, pelbagai jenis roti disediakan seperti roti milo, roti sardin dan roti telur.

 

“Awalnya memang kurang mendapat sambutan, namun kami tidak pernah berputus asa, sebaliknya terus berusaha mempromosikan kedai makan demi menyara keluarga,” dia dilaporkan berkata.

 

Rezeki tiga beradik ini bertambah selepas kisah perniagaannya menjadi viral di Facebook minggu lalu dan menerima kunjungan pelanggan dari luar daerah ini. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...