loading...

Perjuangan Tentang Keganasan Sampai Kiamat

KUALA LUMPUR – Pas akan memperjuangkan isu kekejaman Myanmar terhadap etnik Rohingya sehingga kiamat.

 

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh berkata, mana-mana isu yang berlaku di negara Islam akan diperjuangkan Pas sehabisnya.

 

“Itu adalah cara kita. Ini adalah pendirian Pas terhadap isu Rohingya ini,” katanya dalam nada yang bersemangat di hadapan peserta di Masjid Negara, semalam.

 

Nik Mohamad Zawawi turut menuntut Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan pertubuhan seumpamanya mengambil tindakan yang sama.

 

Menurutnya, dalam dunia hari ini, Islam sahaja yang tidak bertindak ganas terhadap kaum dan agama lain yang ada.

 

“Islam tidak kejam! Islam tidak membunuh! Ini adalah petunjuk bahawa Islam adalah agama yang adil.

 

“Jika diterjemahkan apa yang berlaku di Myanmar, bukan sahaja bercanggah dengan agama, tapi itu adalah satu bentuk dan perkara yang tidak berkeperimanusiaan serta tak bertamadun,” katanya.

 

Rakhine Utara yang menjadi kawasan penempatan minoriti Islam Rohingya dan bersempadan Bangladesh, dikepung tentera sejak serangan mengejut bulan lalu di pos sempadan yang menyebabkan sembilan anggota polis terbunuh.

 

Tentera membunuh penduduk dan menahan ramai orang dalam usaha memburu penyerang yang dikatakan kerajaan adalah militan Rohingya yang ada kaitan dengan militan luar negara.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...