loading...

Netizen Kritik Rekaan Tudung Terbaharu Nora Danish

KUALA LUMPUR – Gaya terbaharu tudung keluaran Nora Danish yang dikenali sebagai Owl Ezip menerima kritikan daripada netizen apabila menyifatkan rekaan itu sebagai pelik.

 

 

Rekaan Owl Ezip boleh dizip di bahagian tengah wajah menutup keseluruhan wajah pada sesiapa sahaja yang mahu menggayakan tudung tersebut.

 

 

Menerusi laman Instagram, Nora turut membuat tutorial pemakaian tudung tersebut. Dalam kapsyen pada video itu, Nora berkata, tudung tersebut direka untuk mereka yang mahukan kelainan, selain memudahkan dalam situasi-situasi seperti tidur ketika dalam kenderaan atau penerbangan.

 

Bagaimanapun, netizen yang tidak faham fungsi rekaan tudung itu turut mempersoalkan keperluan bagi zip berkenaan.

 

Izanagi @amighulnizam : tak faham motif tudung nora danish ni.
AS @ayushhraa : I nampak idea nora danish ni tapi entah la.

marhamah💞 @junaishaaa : Tudung Nora Danish ni dah macam kepala tiga segi cerita Silent Hill tu dah wehhh..

22 @kokqehah : Mengarut tudung nora danish ni pehal buat shawl ada zip kat tgh ni. Mcm ultraman dh tgk. Boleh main tutup bukak la

aniss @anissrhm : tudung jenis ape noradanish ni buat zip dekat muka.

 

Tidak melatah dengan kritikan itu, Nora berkata, jenama hijab keluaran, OwlbyND  itu direka kepada mereka yang mahukan kelainan.

 

 

“Pilihan masing masing. Jangan gaduh-gaduh okey? Simpan jari jemari anda untuk comment benda yang lebih berfaedah,” katanya.-SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...