PASIR MAS – Murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2, Wan Adibah Farhani Wan Mazlan yang mendapat keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) meninggal dunia awal pagi tadi.
Wan Adibah yang disyaki menghidap kanser Limfoma atau kelenjer darah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 4 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Solat jenazah dijangka diadakan pada pukul 11 pagi ini di rumahnya di Kampung Dangar, di sini.
Utusan Malaysia 18 November lalu melaporkan Wan Adibah yang menduduki peperiksaan UPSR di atas katil di wad HUSM masih mampu mencatatkan keputusan cemerlang 6A.
Biarpun gembira dengan keputusan tersebut namun dia tidak mampu meraikannya bersama rakan-rakan kerana masih berada di atas katil di wad itu.
Wan Adibah dimasukkan ke wad sejak September lalu. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW