KUALA LUMPUR – Pengerusi bersama BERSIH Maria Chin Abdullah mengakui menerima dana dari pertubuhan milik George Soros bagi tujuan mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Memetik Free Malaysia Today (FMT), Maria Chin mengakui menerima RM70,000 dari Open Society Institute – pertubuhan kelolaan Soros – antara tahun 2010 dan 2011.
Tambahnya, dana tersebut merupakan 11% pendapatan BERSIH pada waktu tersebut.
Ujarnya, dana selebihnya diperoleh daripada sumbangan awam terhadap organisasi ‘baju kuning’ berkenaan.
“Malah kami menerbitkan akaun yang membutirkan sumber dana kami,” katanya.
Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa BERSIH disiasat diatas penerimaan dana dari Soros, Maria berkata beliau mengalu-alukan siasatan dari pihak berkuasa.
Baru-baru ini laman web DC Leaks mendedahkan dokumen dalam bentuk minit mesyuarat Open Society Foundation (OSF) menaja BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini.
Dokumen tersebut turut menyebut usaha OSF mencampuri urusan politik negara bermula pada 2010 – beberapa ketika selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan tugas sebagai Perdana Menteri.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW