loading...

Malaysia Akan Hantar Nota Bantahan Isu Rohingya – TPM

KUALA LUMPUR –  Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Myanmar di sini untuk menuntut keprihatinan kerajaan negara itu menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Rakhine, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

 

 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

 

 

“Walaupun kita tak boleh campur tangan dalam hal-ehwal negara jiran sejajar Piagam ASEAN, tetapi kita prihatin dengan nasib etnik Rohingya yang seagama dengan kita.

 

 

“Ibarat cubit paha kanan, paha kiri pun terasa…kita tak mahu berlaku pembersihan terhadap etnik Rohingya,” katanya memetik laporan BH.

 

Ahmad Zahid juga berkata, satu perhimpunan besar-besaran yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh negara akan diadakan pada 4 Disember ini sebagai tanda keprihatinan dan kemanusiaan terhadap etnik Rohingya.

 

 

Katanya, perhimpunan yang turut disertai oleh beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, belum diputuskan lokasinya.

 

 

“Saya harap parti politik pembangkang seperti PKR dan Parti Amanah Negara menyertai perhimpunan ini dengan mengetepikan perbezaan politik.

 

 

“Begitu juga lebih 200,000 alumni UPSI. Mari kita tunjukkan kepada dunia keprihatinan terhadap etnik Rohingya yang ditindas,” katanya.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...