LONDON: Juan Mata menyatakan dia ‘berasa diperlukan’ di Manchester United hanya beberapa bulan selepas laporan mencadangkan kariernya di Old Trafford berakhir berikutan kehadiran pengurus Jose Mourinho pada musim panas lalu.
Pemain tengah Sepanyol berusia 28 tahun itu diberi tugas sebagai kapten oleh pengendali dari Portugal itu ketika seri 0-0 di laman sendiri dengan Burnley, Ahad lalu.
Mata dijual ke United oleh Chelsea apabila kedua-duanya berada di kelab London itu.
“Terlalu banyak cerita direka,”
“Hanya saya seorang tahu apa yang berlaku dan tiada apa berlaku sebenarnya” kata Mata.
Mata melakukan 13 penampilan dan menjaringkan tiga gol buat United musim ini. Dia hanya tampil 18 kali dalam semua pertandingan termasuk Liga Juara-Juara, ketika babak pertama kempen 2013-14 sebelum dijual ke Old Trafford.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW