loading...

Ibu Dua Anak Diarah Keluar Pesawat, Minta Minuman Keras Berlebihan

Sekumpulan penumpang mabuk, termasuk seorang ibu bersama dua anaknya diarahkan keluar dari pesawat penerbangan British Airways selepas insiden meminta minuman keras berlebihan.

 

Mail Online melaporkan, penumpang bagi penerbangan BA 2731 dari Tenerife ke Gatwick London terpaksa berdepan dengan kelewatan selama dua jam akibat insiden berkenaan.

 

Menurut saksi, wanita dalam lingkungan usia 20-an itu dilihat minum di sebuah bar di Lapangan Terbang Tenerife Sur sebelum kejadian berlaku.

 

 

Wanita itu kemudiannya meminta lebih banyak minum beralkohol apabila menaiki pesawat.

 

 

Akibat kelewatan itu, seorang penumpang menyuarakan rasa tidak puas hati di Twitter.

 

 

Menurut James Griffiths: “Lewat kerana orang mabuk dikeluarkan dari pesawat. Persoalannya kenapa kru membenarkan dia masuk?”

 

 

Bagaimanapun, seorang jurucakap British Airways memohon maaf diatas kelewatan penerbangan tersebut.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...