Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, oleh itu, hutang 1MDB dan projek yang berkaitan dengannya tidak me­nyumbang kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

 

Menurut kenyataan itu, ke­dudukan terkini jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2016 adalah sebanyak RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

 

Katanya, daripada jumlah ber­­kenaan, 95.9 peratus atau RM628.8 bilion adalah hutang domestik iaitu bersamaan de­ngan 51 peratus KDNK.

 

“Sementara itu, 4.1 peratus lagi atau RM26.9 bilion iaitu bersamaan 2.2 peratus daripada KDNK merupakan pinjaman luar