loading...

Hishammuddin Bayangkan PRU14 Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membayangkan Pilihan Raya Umum ke-14 akan diadakan pada tahun depan.

 

Beliau berkata, parlimen bakal dibubar Perdana Mentereri Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa sahaja.

 

“Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, saya jangkakan adalah terakhir sebelum pilihan raya tahun depan.

 

“Bila-bila masa Perdana Menteri boleh membubarkan Parlimen, oleh itu semua ahli UMNO perlu bersiap sedia,” katanya ketika berucap pada majlis Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah, semalam, lapor MG.

 

Konvensyen itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada 29 hingga 3 Disember ini.

 

Sehubungan itu, Hishammuddin meminta semua ahli-ahli UMNO mengambil serius Perhimpunan Agung UMNO kali ini dan jangan menyerah kalah dengan pelbagai cabaran yang menimpa parti itu.

 

Katanya, sejak dua tahun ini UMNO mengalami cabaran terhebat dan kompleks akibat dilemparkan pelbagai fitnah.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...