loading...

Harga Sesetengah Minyak Masak Naik Hingga 60%

Pembatalan subsidi minyak masak menyebabkan sesetengah pengeluarnya menaikkan harga produk mereka sehingga 60 peratus.

 

Harga minyak masa Red Eagle untuk botol 5kg naik dari RM14.70 kepada RM23.70 – peningkatan RM9 atau 61.2 peratus, lapor Sin Chew Daily.

 

Harga botol 1kg jenama sama baik sebanyak RM2.05 (57 peratus) sementara botol 2kg pula naik RM3.35 (46 peratus).

 

Pengeluar minyak itu, Yee Lee Corporation Bhd, memberitahu harian itu bahawa harga ditentukan berdasar harga minyak sawit.

 

“Ia nampak macam inflasi, tetapi hakikatnya, ia mencerminkan harga pasaran minyak sawit,” kata pengerusi eksekutif syarikat itu Lim Kok Cheong.

 

Pembatalan subsidi minyak masak berkuat kuasa hari ini.

 

Kerajaan tidak lagi memberi subsidi pada semua jenis minyak masak, kecuali paket 1kg yang dijual pada harga RM2.50.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...