Beberapa kawasan di Sarawak termasuk bandaraya Kuching mengalami gangguan bekalan elektrik mulai 6.40 petang ini.
Difahamkan, kawasan lain yang turut terjejas ialah Kota Samarahan, Sibu, Sri Aman, Sebuyau, Betong dan Sarikei.
Menurut jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat, Sarawak Energy Berhad (SEB), ketiadaan bekalan elektrik berpunca daripada gangguan litar di transmisi kuasa 275V Oya–Selangau pada jam 6.38 petang.
Kerja-kerja memulihkan bekalan elektrik sedang giat dijalankan.
Dalam perkembangan terbaru, SEB berkata bekalan elektrik mula dipulihkan secara berperingkat dengan bekalan di Sibu dipulihkan dalam masa sejam.
Setakat pukul 8 malam ini, 50 peratus bandaraya Kuching sudah mendapatkan semula bekalan elektrik.
“Kami akan meneruskan usaha memulihkan bekalan elektrik dengan sepenuhnya di semua kawasan yang terjejas dengan secepat mungkin,” kata syarikat itu. -Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW