loading...

Ameng Kurang Waras Mahu Anak Berhenti Belajar, Kata Bekas Isteri

KUALA LUMPUR — Kesal dengan galakan vokalis kumpulan Spring yang mahu anak-anaknya tidak meneruskan pelajaran, penerbit drama Datuk A Aida menyifatkan bekas suaminya itu kurang waras.

 

Aida berkata Ameng sebagai seorang bapa seharusnya memberi galakan untuk berjaya kepada anak-anaknya dan bukan sebaliknya.

 

“Saya terkejut apabila anak sulung memberitahu bapa mereka tak mahu dia melanjutkan pelajaran kerana dengan menyanyi saja boleh menjadi kaya.

 

“Bagi saya itu satu sikap yang kurang waras. Sepatutnya sebagai bapa dia perlu memberi dorongan dan kata-kata semangat.

 

“Tambahan pula anak saya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya kepada Harian Metro.

 

Ameng, nama popular Wan Aminuddin bin Wan Ismail bercerai dengan Aida pada Disember 2003.

 

Pasangan ini dkurniakan dua cahaya mata Wan Az Aleesa, 20, Wan Azevanatassha, 15, selepas sembilan tahun mendirikan perkahwinan.

 

Penyanyi Sampai Hati selepas dibebaskan dari penjara Jun lalu merancang untuk menghasilkan album khas yang menampilkan Az Aleesa, Azevanatassha dan Wan Amar Haikal, 9.

 

Aida, 45, berkata anak-anaknya tidak akan dibenarkan untuk menceburi bidang seni walaupun mempunyai bakat untuk diketengahkan.

 

“Saya tahu anak ada bakat dalam bidang nyanyian tetapi saya tetap menghalang, malah mereka pun tak mahu sebenarnya.

 

“Mereka lebih suka jika tidak berada dalam bidang ini. Biarlah saya seorang saja yang terbabit dalam bidang hiburan,” beliau dilaporkan berkata. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...