PETALING JAYA: Menjadi seorang wanita tidak menghalang mereka dari menceburkan diri dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki begitulah yang berlaku kepada Raja Natasya Raja Kamaruzzaman.
Beliau yang baru sahaja berusia 21 tahun ini telah menjadi kapten tren Rapid KL dan merupakan antara yang termuda dalam bidang ini.
Menurut gadis yang berasal dari Ampang yang mempunyai jiwa cekal itu, minatnya dalam kerjaya ini bermula semenjak dibangku sekolah lagi kerana beliau sering kali berulang alik ke sekolah menggunakan tren.
Kejayaan gadis ini telah memberi menarik perhatian netizen dan antara komen menarik yang dimuat naik Lantera Hidup Lantera Hidup
“Tahniah! hebat anak ini..Selamat Maju Jaya dik..Remaja sebegini la yg perlu kita banggakan.” katanya.
Hisyam Sayan pula telah memuat naik komen yang memuji keberanian dan kecekalan gadis ini untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
“Ok saya sokong anda berani dan kental moga selamat kerana nyawa penumpang adalah tanggungjawab kamu ok…good job” ujarnya.