loading...

Ahli Parlimen Johor Jadi ‘Minah Rempit’

KUALA LUMPUR – “Ia berlaku secara tak sengaja sebab itu motor kawan saya,”kata Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, apabila motor yang dinaikinya ke parlimen hari ini menjadi tarikan pelbagai pihak.

 

Malah, ada beberapa pihak menyifatkan beliau merupakan ahli politik wanita yang sangat santai.

 

Menurut Noraini, sebenarnya beliau sangat suka aktiviti menunggang motorsikal dan akan turut menyertai konvoi dan sebagainya.

 

“Saya memiliki lesen B. Dah lama dapat. Dulu masa mewakili puteri saya pernah ikut konvoi Datuk Seri Zahid Hamidi. Dulu ada motor sendiri, sekarang tinggal helmet sahaja.

 

“Sebab orang kampung selalu memang pandai bawa motor. Cuma saya mula kecil-kecil dahulu naik Vespa. Usia 16 tahun sudah dapat lesen pertama,”katanya.

 

Bagaimanapun menurutnya, sudah hampir setahun dia tidak menunggang motor yang menjadi rutin dan hobinya sebelum ini.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...