loading...

Video : ‘Najib Pergi Haji Duit Haram’ – Tun Mahathir

PANDAN – Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian haji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai haram, kerana menggunakan wang haram.

 

Beliau turut menempelak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terhadap tajaan sejumlah RM1.4 juta dengan menaja Ketua Pemuda Umno bahagian seluruh negara bagi mengerjakan ibadah umrah.

 

“Dapat duit derma baguslah (RM2.6 bilion), tapi biar kita dapat secara halal. Tapi (tak boleh) kalau kita dapat duit tu kalau dengan kita curi dan kita guna duit tu buat kerja haji. Ramai juga yang buat duit tu pergi buat haji kan?. Dua ratus orang Khairy (taja) pergi buat kerja haji.

 

“Duit banyak ni datang daripada mana? Buat kerja haji ni mesti dengan duit yang halal dengan duit yang kita kumpul, hasil perniagaan. Duit itulah yang kita guna untuk buat kerja haji. Saya khuatir kalau duit itu tak halal, umrah itu halalkah? Jadi perkara seperti ini yang berlaku dalam negara kita tak pernah berlaku dulu, tapi sekarang ini berlaku,”katanya pada majlis Bebas Anwar, Undur Najib di MPAJ, Pandan Indah, disini, malam tadi.

 

Terdahulu, Tun Mahathir turut sama menyertai Kongres Rakyat 2016 semalam di SACC, berkempen bagi menggulingkan Perdana Menteri.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...