loading...

Dapat Serangan Baharu, Keadaan Haron Din Masih Belum Stabil

KUALA LUMPUR – Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) mendapat serangan jantung terbaharu.

 

Menurut sumber terdekat anaknya yang pertama, Dr Huda berkata, berita kurang baik apabila Haron mendapat serangan jantung terbaharu itu selepas angiogram dan angioplasty, pagi tadi.

 

“Dengan serangan jantung terbaharu selepas angiogram & angioplasty pagi ni, ditolak masuk ke CCU IJN dua jam lalu. Mohon doa banyak-banyak untuk kesembuhannya.

 

“Kami baru sahaja di maklumkan bahawa, Ust Haron ‘develop severe chest pain’ sekali lagi. Tidak menunjukkan sebarang peningkatan secara keseluruhannya. Sekarang tolak masuk semula ke cath lab, buat semula prosidur angiogram. Mohon Doakan,”kata sumber itu.

 

Terdahulu, Haron dilaporkan masih belum stabil.

 

Haron sebelum ini telah menerima rawatan beberapa kali di IJN disebabkan komplikasi jantung.

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...