PANDAN – Pengarah Pilihanraya Parti Amanah Negara, Dr Hatta Ramli menempelak pegawai atasan Op Daulat Lahad Datu dalam insiden yang berlaku 2013 lalu sebagai tidak malu kerana masih memegang jawatan mereka.
Beliau berkata, pegawai atasan tersebut harus meletakkan jawatan disebabkan tidak dapat menangani insiden itu dan menyebabkan rakyat Sabah terpaksa melalui detik hitam.
“Mereka tak malu, masih lagi pegang jawatan.
“Kita ramai-ramai kena turunkan mereka,”katanya di majlis Bebaskan Anwar, Undur Najib dihadapan sekurang-kurangnya 1500 hadirin.
Terdahulu, beliau meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib, berundur melepaskan jawatannya-SuaraTV