Percaya atau tidak, ketika Maya Karin sedang berada di Jerman, seorang lelaki telah berjumpa dengan ibunya dan memerikan hadiah sebentuk cincin lamaran dan lebih menakutkan, Maya langsung tidak mengenali lelaki tersebut.
BACA: Maya Karin Faham Derita Rakyat Akibat Ekonomi Gawat
“Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang. Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya”
“Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak,” jelas Maya kepada mStar Online.
Cincin tersebut kini berada dalam simpanan ibu pelakon tersebut. Dalam masa yang sama, pelakon ini juga menjelaskan bahawa kini dia selesa dengan seorang lelaki ketika dia bercuti.
“Saya senang katakan yang kami berkawan. Setidak-tidaknya saya tahu dia terima diri saya seadanya tanpa mengetahui siapa diri saya di Malaysia,” katanya ringkas. (rtky/s)