Damansara – Bekas Timbalan Perrdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan ahli Majlis Tertingi (MT) UMNO Jumaat lalu sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden parti.
Beliau ketika sidang media khas di sini sebentar tadi berkata tindakan tersebut tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dan dibuat sevara gopoh.
“Penggantungan saya dibuat tidak diberi tunjuk sebab dan saya tidak dihadapkan kepada lembaga disiplin parti malah ia tidak mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan oleh parti.
“Keputusan tersebut dibuat secara gopoh sedang saya dilantik oleh ahli Umno yang memilih” katanya sebentar tadi.
Muhyiddin turut menjelas akan terus kekal di dalam Umno sambil menyifatkan parti itu sebagai baik kerana boleh mempertahankan masa depan negara.
“Saya percaya parti ini adalah baik kerana boleh mempertahankan masa depan negara, hanya kerana Tun Mahathir keluar Umno itu hak beliau namun saya tidak ikut beliau kerana saya telah dipilih oleh Umno bahagian Pagoh berkali-kali tanpa bertanding.
“Saya masih dalam Umno dan anak-anak muda masih menyokong saya kerana saya adalah manusia yang sanggup berjuang dalam landasan yang betul dan hak” ujarnya lagi.
Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin, mengumumkan keluar daripada UMNO kerana tidak berpuas hati dengan pendekatan dan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
LAPORAN VIDEO MENYUSUL