Damansara – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihakanya akan terus bersuara demi menjaga kepentingan rakyat.
Beliau ketika sidang akhbar khas sebentar tadi berkata tidak takut dengan sebarang tindakan yang mungkin akan diambil terhadap dirinya.
“Saya tidak takut dengan apa-apan pemecatan dan sebagainya dan saya akan kekal bersuara malahan akan lebih lantang supaya rakyat lebih faham kerana saya tidak mahu kepercayaan rakyat hilang terhadap Umno.
“Kita tunggu dan lihat” katanya ketika ditanya apakah tindakan yang akan beliau lakukan sekiranya Umno mengambil keputusan untuk memecat keahliannya.
Muhyiddin turut menjelaskan pihakanya akan turut hadir dalam perhimpunan anti-Najib yang akan dihadapan pada hujung bulan ini.
“InshaAllah kerana himpunan itu untuk tujuan yang baik, saya akan turut sertai” ujarnya lagi. – SuaraTV
LAPORAN LANJUT MENYUSUL