Kuala Lumpur – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati orang ramai supaya menghentikan sebarang bentuk penghinaan terhadap ibadah umrah yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor
Menurut Asri masyarakat tidak seharusnya mempersendakan ibadah tersebut hanya kerana perbezaan politik sambil menyifatkan isu yang melibatkan agama adalah antara seseorang dengan Tuhan dan tidak boleh dicampur aduk dengan perkara lain.
“Sekali pun berbeza pendapat politik atau pun tidak suka dengan beliau,
“Urusan beliau dengan rakyat adalah yang membabitkan ketelusan dan amanah dalam pentadbiran. Persoalan peribadi seperti kenapa beliau solat, puasa, umrah dan hari, hendaklah diserahkan kepada Allah.
“Hanya Allah SWT yang mengetahui hakikat setiap hamba-Nya,” kata Asri melalui akaub Facebook, semalam.
Laman Facebook rasmi Najib pada 1 Mac lalu memuatnaik gambarnya dan isteri menunaikan umrah, sempena kunjungan lima harinya ke Arab Saudi. – SuaratV

Macam Rumah Hantu Tapi Sebenarnya Rumah Burung Mer ...

Bayaran Perkhidmatan Telco Dikecualikan Untuk Mang ...

Dewi Dakwa Cik Epal Punca Bekas Suami Lafaz Taklik ...

Cubaan Melucut Hak Milik Umno Ke Atas Pwtc Gagal ...