loading...

Fenomena Gerhana Matahari Separa, Elak Mata Terbakar

KUALA LUMPUR –  Orang ramai dinasihatkan berhati-hati apabila berpeluang melihat fenomena gerhana matahari separa pada 9 Mac nanti.

 

Menerusi status yang dimuat naik Falaq Online, memberi penjelasan mengenai cara terbaik bagi mengelakkan berlakunya kesan terbakar yang dipanggil ‘macula’.

 

“Bahaya! Bahaya! Tolong jangan main-main apabila melihat Gerhana Matahari nanti. Harap baca dan faham. Rujukan ini penting. Sila baca kisah mengenai mata yang ‘terbakar’ ni,”tulisnya yang membuat pautan ke http://ift.tt/21LLdrE.

 

Menerusi pautan halaman sesawang tersebut, orang ramai perlu menggunakan peralatan astronomi dan penapis khas matahari bagi mengelakkan kesan mata daripada menjadi buta.

 

Terdahulu, pada 9 Mac ini,

bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

 

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

 

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

 

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh.

 

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010. -SuaraTV

 


Previous
Next Post »
loading...