loading...

Deklarasi Rakyat Akan Gagal-Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan menegaskan bahawa tindakan Deklarasi Rakyat  tidak akan berjaya kerana UMNO dan juga Barisan Nasional akan bangkit mempertahankan kebenaran.

 

“Pada saya usaha-usaha mereka itu akan gagal yang mana jika mereka berusaha tidak bermakna kami Barisan Nasional akan berdiam diri dan juga orang-orang yang menyokong Barisan Nasional dan UMNO.

 

“Kami tidak akan berdiam diri dan akan membiarkan mereka melakukan dengan apa yang mereka lakukan.” katanya ketika sidang media di bangunan UMNO tadi.

 

Deklarasi yang diperjuangkan itu adalah tidak relevan kerana majoriti persoalan yang dibangkit telah pun dijawab namun pihak tersebut  mengambil langkah untuk tidak menerima jawapan yang diberi.

 

“Saya sudah membaca keseluruhan deklarasi itu, majoriti dari apa yang ada disebut di situ telah dijawab dalam pelbagai platform.

 

“Jika 1MDB misalnya terlalu banyak sudah dijawab perkara-perkaranya dan juga dana politik telah dijawab tapi pihak mereka itu tidak pernah ingin bersetuju terhadap jawapan-jawapan itu.” ujar beliau.

 

katanya lagi sudah menjadi tugasnya untuk menerangkan kembali kepada rakyat usaha dan kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat agar rakyat mengetahui perkara sebenar.

 

 

 

“Ini kaedah demokrasi di Malaysia setiap apa yang mereka buat itu kita akan jelaskan kepada rakyat dengan kaedah-kaedah penerangan di bawah Tan Sri Anuar Musa dan dibawah media sosial dibawah pimpinan saya dan akhirnya rakyat akan mengetahui terlalu banyak perkara positif yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dan kita akan menyebarkan perkara positif yang dilakukan oleh Barisan Nasional itu dan kita yakin sebaran positif itu akan diterima oleh rakyat.” katanya.

 

Dalam pada itu, satu kumpulan ‘Penyebar Positif’ telah ditubuhkan bagi membantu biro IT UMNO untuk menyebarkan perkara-perkara positif kepada masyarakat.

 

Kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai ‘Keyboard Warrior’ ini terdiri dari 10 NGO seperti Persatuan Jurutera Malaysia, MAWAR, Sahabat Ulul Amri, Pertubuhan 1 ummah, Alumni Kelab UMNO Luar Negara, PERKAMI, Persatuan Perunding NGO Malaysia, PERSONA, Alumni 4B kebangsaan dan Yayasan Amal MAkruf akan bergerak melalui media sosial dan menyebarkan maklumat positif, benar dan tepat kepada masyarakat.

 

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut supaya Datuk Seri Najib Tun Razak berundur dari jawatan Perdana Menteri.

 

Previous
Next Post »
loading...