loading...

Malaysia Komited Berusaha Selesaikan Misteri MH370 – Najib

KUALA LUMPUR – Malaysia komited untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (Malaysia Airlines) penerbangan MH370 dengan segala kemampuan bersama Australia dan China, kata Datuk Seri Najib Razak.

 

Perdana Menteri berkata, operasi mencari dijangka tamat tahun ini, justeru berharap pesawat malang terbabit dapat ditemui di kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

 

“Pencarian dilakukan di kawasan perairan yang dikategorikan paling ganas di dunia dengan mempunyai kedalaman hingga enam kilometer termasuk di banjaran gunung dalam laut dan berarus terkuat di dunia.

 

“Sekiranya tiada sebarang penemuan, Malaysia, Australia dan China akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan langkah seterusnya,” katanya dalam kenyataan sempena dua tahun kehilangan MH370 di sini, pagi ini.

 

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, semua pihak bersedih dengan kehilangan 239 mangsa termasuk 50 rakyat Malaysia.

 

“Penemuan serpihan di Pulau Reunion, Julai lalu, memberi bukti seterusnya sebagaimana pengumuman saya pada 24 Mac lalu, bahawa pesawat terbabit berakhir di lautan itu.

 

“Biarpun begitu, kesedihan keluarga mangsa tidak dapat diredakan dan ditenangkan sama ada melalui peredaran masa dan bukti yang ada.

 

“Misteri kehilangan MH370 yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menjadikannya satu pencarian paling mencabar dalam sejarah penerbangan,” katanya.

 

Najib berkata, pihaknya turut berterima kasih dengan pasukan pencari yang bersungguh-sungguh menjalankan usaha mencari. – BHarian

Previous
Next Post »
loading...