Alor Setar – Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni Negeri Kedah, Datuk Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi melahrkan rasa sukacita diatas perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Dr Abdul Aziz ketika ditemui SuaraTV berkata, pihaknya melahirkan harapan yang tinggi kepada Ahmad Bashah untuk menerajui negeri Kedah kearah yang lebih tinggi.
“Saya mewakili persatuan kami dengan hati yang ikhlas menyatakan sukacita dan harapan yang tinggi kepada YAB Datuk Seri agar mampu menerajui negeri Kedah kearah yang lebih maju, makmur dan aman.
“Harapan kami juga agar beliau berusaha untuk mempertahankan akidah ahli sunnah wal jamaah yang diserang dari pelbagai fahaman yang baru seperti Syiah dan sebagainya” katanya kepada SuaraTV di sini malam tadi.
Dr Abdul Aziz turut menyeru agar masyarakat melupakan kemelut yang melanda sebelum ini.
“Perkara ini bergantung pada kita semua agar berdoa pada Allah swt, perkara yang lepas tu sudahlah (paling utama) kita semua perlu memulakan kehidupan yang baru (kerana) kami juga merasakan orang ramai tidak ada masalah, asalkan Datuk Ahmad Bashah buktikan kemampuan beliau untuk berkhidmat tanpa perlu menyuruh, masyarakat dengan sendiri akan faham.
“Beliau perlu turun untuk bersama dengan rakyat mendengar apa aduan, bisikan (dan) keluhan orang ramai (kerana) masyarakat (di Kedah) tidak mengharapkan upah (tetapi) mereka mahukan simpati” ujarnya pula.
Menurut Dr Abdul Aziz lagi, sebagai menteri besar yang baharu dilantik Ahmad Bashah tidak perlu terlalu memikirkan mengenai serangan peribadi yang dilemparkan kerana apa yang adalah membuktikan kemampuannya untuk mentadbir sebuah negeri.
“Saya rasa beliau tidak perlu ambil peduli dengan serangan peribadi yang dilemparkan, yang penting beliau mempunyai pendirian sendiri (kerana) pada kami (rakyat Kedah) isu kelulusan merupakan satu isu yang lain (kerana) apa yang penting kemampuan beliau untuk bekerja, pengalaman, keterbukaan dan ketrampilan
“Pada saya sesiapapun yang memimpin di Kedah ini, kita (rakyat) hendaklah memberikan ketaatan yang penuh selagi mereka patuh kepada ajaran Allah swt” ujarnya lagi.
Sementara itu Pemangku Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Dato Dr Sayyid Muhammad Aqiel al-Mahdaiy al-Husainy menyifatkan perlantikan Ahmad Bashah sebagai kehendak Allah swt.
“Perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah adalah menurut kehendak Allah swt dan kita mendoakan agar berhasil dalam menjalankan tugasnya kepada bangsa, agama dan negara. Saya yakin dia adalah orang yang baik yang telah berbuat bangsa dan negara (dan) kita harapkan beliau berjaya membawa negeri Kedah kearah kedamaian, keamanan dan kesejahteraan
“Insyallah orang agama akan mendukung pemimpin-pemimpin di negeri ini (Kedah) dan harapan saya agar mereka semua bersatu” ujar beliau.
Mudir Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele, Ustaz Hj Mohd Jamil Sadaqi al-Jarumi ketika ditemui turut mengharapkan Ahmad Bashah dapat meneruskan usaha untuk mendekati sekolah-sekolah pondok di negeri itu.
“Kita berharap Datuk Mohd Bashah dapat meneruskan usaha untuk mendekati sekolah pondok dan maahad tahfiz supaya institusi ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Ya, sebelum ini beliau banyak berusaha serta memberikan bantuan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah agama,” ujarnya.
Ustaz Jamil turut mengharapkan agar menteri besar yang baharu dapat mewujudkan pembangunan institusi pondok yang lebih konsisten.
“Saya juga mengharapkan agar Menteri Besar yang baharu dapat mewujudkan satu gerakan yang lebih konsisten kepada sekolah agama dan warga pondok agar ia dapat dipertingkatkan supaya situasi semasa dapat diredakan.
“Kami juga berharap (kerajaan negeri) dapat mendekati sekolah-sekolah agama serta mengenali masalah yang melanda dan menyalurkan bantuan yang diperlukan” katanya pula. – SuaraTV
LAPORAN VIDEO MENYUSUL