KUALA LUMPUR: Satu insiden yang menyayat hati berlaku apabila seorang kanak-kanak yang baru sahaja kematian ibunya telah baring dan tertidur disebelah keranda ibunya.
Perkongsian status yang menyayat hati ini telah mendapat perhatian dan menjadi viral di laman twitter sehingga telah mendapat retweet sebanyak 15 ribu.
Rata-rata pengguna laman facebook turut berkongsi rasa sedih terhadap nasib yang berlaku terhadap kanak-kanak tersebut.
Antara yang berkongsi rasa sedih ialah dari Masitah Zolkifly.
“Sedih tiada ibu ni , tak tahu nak kata macam mana !! rindu usah kata la hamba yang dah tua ni pun masih tak hilang-hilang rasa lagi walaupun dah 10 bulan arwah mak pergi , inikan pulak adik kecil ni alfatihah semoga diberi kekuatan selalu ye sayang.”
Putera Akhir juga turut meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan.
“Al-fatihah buat ibu adik ini.semoga adik ni akan menjadi anak yg soleh,bila dh pandai baca yasin selalu-selalu sedekahkan untuk arwah ibu ye dik…aminn.” tulisnya dalam komen yang dimuat naik.
Dalam pada itu, Salmiah Shafie turut berharap agar kanak-kanak tersebut dilindungi.
“Terharu dan rasa sebak hati nie…ya’allah lindungi laa ank ini dan ampunkan kedua ibubapanyee…Aamin…semoga ia tenang kealam Barzakh dan hingga keJannah…aamiin..”