loading...

Ramesh Rao Harap Sentuhan Ajaib Peguam Negara

PUTRAJAYA: Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mengharap sentuhan ajaib dari peguam negara agar dapat mengeluarkan ‘Red Alert’ kepada Editor Sarawak Report, Claire Brown dan menbawa beliau ke Malaysia bagi tujuan menerangkan segala tuduhan yang dibuat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB.

 

“Saya  mengharapkan sentuhan ajaib peguam negara agar dapat mengeluarkan ‘red Alert sekali kepada kepada Claire melalui interpol atau kedutaan.” katanya ketika ditemui di Pejabat peguam diSini tadi.

 

Ini berikutan tindakan Ramesh Rao menghantar salinan dokumen yang membuktikan segala tuduhan Claire adalah Fitnah kepada Kedutaan Brutish pada 4 Febuari yang lalu.

 

“kita menyerahkan salinan dokumen yang diserahkan di london pada 4 hari bulan 2 melalui kedutaan malaysia di london.

 

“dokumen yang diserahkan yang SD lester yang mengatakan dia bekerja dengan claire dan bukti perbualan email bersama claire serta bagaimana penipuan dibuat dan editing dibuat, dan surat daripada petrol

saudi bahawa apa yang diterbitkan oleh Sarawak report adalah palsu serta senarai-senarai penipuan.”ujarnya.

 

Tambah beliau lagi, laporan yang dibuat telah diterima baik oleh Pihak British.

 

“saya dimaklumkan daripada UK, laporan yang dibuat dikedutaan diterima baik dan kementerian dalam negeri British mengesahakan akan membuka kertas siasatan terhadap Claire.” katanya.

 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan sekiranya ‘Red Alert’ tersebut tidak keluarkan, beliau mahu Claire dibawa ke Malaysia dengan apa cara sekalipun bagi tujuan Menjernihkan keadaan.

 

“Pihak British akan bekerjasama dan tidak ada lagi alasan dari pihak mereka bahawa Claire tidak bersalah kerana kita dah beri bukti yang mencukupi.

 

“Sekiranya tak nak keluarkan ‘Red Alert’, buatlah apa cara sekali agar Claire dapat datang ke Malaysia dan menerangkan bagaimana dia dapt segalam maklumat.tambahnya lagi.

 

Terdahulu, Sarawak Report telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur Fitnah terhadap 1MDB dan Datuk Seri Najib.


Previous
Next Post »
loading...