KUALA LUMPUR – Seorang pengikut ahli sunnah, menggesa Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin menyeru jin supaya menculik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Individu tersebut, Khalid Yong berkata, mereka seramai (1.5 juta) merupakan ahli sunnah wal jamaah berada dibelakang Zamihan (yang mendakwa bukan pengikut syiah).
Dia yang bertanya mengenai fahaman yang diikuti Zamihan, turut menggesa Zamihan berhubung dengan jin tersebut untuk menculik Dr Asri.
“Sementara kamu (Zamihan) boleh berhubung dengan 4000 jin, dan mereka (jin) takut kepada kamu kenapa tidak menyuruh saja jin itu menculik Dr Asri dan letak di penjara Kajang.
“Dengan berbuat demikian (culik menerusi jin) Dr Asri tidak lagi melabelkan kamu sebagai syiah. Bagaimanapun, adakah kamu syiah atau tidak?
“Jika kamu adalah syiah, sila mengakuinya kerana kumpulan syiah di Malaysia sedang mencari ketua yang mempunyai kepakaran seperti kamu,”akhirinya.
Terdahulu Zamihan sedia memaafkan Dr Asri, bagaimanapun beliau mendakwa, Dr Asri perlu bertanggungjawab diakhirat kerana fitnah yang dilakukan terhadapnya. -SuaraTV