DAMANSARA: Keunikan restoran yang menghidangkan udang karang atau ‘Lobster’ sebagai tarikan telah menarik perhatian netizen.
Keunikan ini ditambah dengan harga yang sangat murah iaitu hanya RM25 menyebabkan restoran ini telah menjadi viral dilaman sosial.
Restoran Hase Ikan Bakar yang terletak di Damansara damai ini ternyata menarik minat netizen apabila beberapa jenis hidangan berasaskan ‘Lobster’ ini disediakan seperti nasi goreng lobster, mee kuah lobster, mee bandung lobster, tomyam lobster dan banyak lagi.
Rata-rata pengguna laman sosial yang telah mencuba hidangan ini berpuas hati seperti Yasmin Shukri.
“Saya baru makan malam tadi…sedap!! Kena pegi awal klo tak lobster habis” katanya.
Futri Cirebon pula berpendapat bahawa harga di restoran ini sangat murah berbanding di tempat lain.
“Waaah murah nya kat sini (saudi) mahal lah salad lobster saja 1 piring 160 reyal lebih kurang sama mata wangnya 160 ringgit tuh” ujarnya.