Pemain Barcelona, Lionel Messi akan bertemu dengan peminat cilik yang menarik perhatian dunia selepas fotonya memakai jersi yang diperbuat dari plastik tertera nombor serta nama pemain itu.
Murtaza Ahmadi, 5 merupakan peminat yang tidak mempu membeli jersi dan hanya menyarungkan beg plastik.
Foto kanak-kanak yang berasal dari Afghanistan itu mula viral di media sosial sejak minggu lalu, dan ia mendorong satu kempen yang diadakan bagi menjejaki kanak-kanak
Menurut sepupu kanak-kanak itu, Azim Ahmadi yang memuatnaik gambar peminat cilik itu berjaya menghubungi agen Messi bagi mengaturkan pertemuan kedua mereka.
Berita gembira apabila pesatuan bola sepak turut mengesahkan keinginan Messi bagi merealisasikan pertemuan tersebut.
“Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Afghan (AFF) telah menerima email dari Lionel Messi dan Barcelona berhubung pertemuan tersebut,” lapor Metro.uk.

#autoshanghai2025: Chery Tiggo 9 Chs Phev Akan Jad ...

Gegata : Punca, Tanda & Cara Hilangkannya ...

Dengar Luahan Guru, Kpm Tarik Semula Arahan Cetak ...

Khaled Anggap Pas Belum Move On Dari Dap Memb ...