NIBONG TEBAL: Satu video tindakan extrem seorang pemandu lori melanggar beberapa buah kereta yang menghalang jalan telah mendapat perhatian pengguna sosial.
Rata-rata dari mereka menganggap tindakan pemandu lori itu memberi pengajaran kepada pemandu di Malaysia walaupun ia seperti tidak berperikemanusiaan.
Status yang dimuat naik oleh Eyzva Ramly turut bersetuju terhadap tindakan pemandu lori berkenaan.
” Mendidik cara kasar lebih baik!! Biar pun sikap pemandu lori extrem dan melampau tetapi pengajaran untuk pemandu dan pengguna jalan raya dan untuk diri saya sendiri.
” Cara yang ganas tetapi akan mendidik ramai pemandu dan pemilik kenderaan di luar sana.” katanya.
Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial turut bersetuju dengan tindakan pemandu lori tersebut seperti Shuhada Fc.
“Kadang-kadang buat mcm ni bagus jugak.” tulisnya dalam komen yang dimuat naik.
Lokman Bin Mahmud juga berpendapat tindakan pemandu tersebut adalah relevan kerana kedegilan pemandu yang menghalang jalan.
“Ada betul juga hari itu PDRM nak naikkan kompaun kesalahan trafik kepada mereka yang degil- degil tegar ini” katanya.