Baru-baru ini kecoh juga dengan isu ‘Pork Free’ atau tanpa babi. JAKIM dan KPDNKK juga sudah mula memandang serius dan mengambil mengenai isu tersebut.
Ia bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai, terutamanya orang Islam. Pork free atau tanpa babi tak semestinya menandakan restoran atau premis makanan berkenaan halal. Mungkin bahan masakan lain yang tidak halal turut digunakan ketika menyediakan makanan apatah lagi premis tersebut tidak mempunyai Sijil Halal yang sah daripada JAKIM.
Berkaitan dengan isu tersebut, pelakon Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya semalam ada mempersoalkan tentang tanda Pork Free yang diletak oleh sesetengah restoran ataupun kedai makan yang tidak menghidangkan makanan Melayu.
Namun, pertanyaan beliau itu akhirnya menjadi bahan tawa orang ramai bahkan ada pihak juga yang mengkritik kekeliruan Zed Zaidi dimana kenyataan Pork Free itu sangat mudah untuk difahami.
Dalam pada itu, turut ada yang anggap apa yang dilakukan oleh Zed Zaidi itu adalah untuk meyindir sesetengah pihak. Namun ia ternyata tidak menjadi.
Berikut antara respon pengguna di Twitter mengenai isu berkenaan:
Pork Free selalunya orang sangka tiada daging babi sahaja tetapi mungkin minyak yang digunakan itu tidak halal dan sebagainya. Berhati-hati ketika memilih makanan yang akan masuk kedalam perut anda. [sumber asal: BeautifulNara]
Category: HIBURAN

Rumah Terbuka Dilihat Sebagai Platform Pemimpin Ne ...

Andai Tiada Dia Raya Lakonan Ummi Nazeera, Hisyam ...

Baju Raya Bella Astillah & Syed Saddiq Warna S ...

Terpadamnya Pelita Syawal Lakonan Zamarul Hisham,f ...