Pastinya ramai yang keliru dengan premis makanan yang mempamerkan tulisan ‘PORK FREE’ atau tanpa babi. Mungkin ada yang beranggapan premis berkenaan halal walaupun tiada sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Namun begitu, memetik sumber Bernama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dilapor akan memberi penjelasan terperinci mengenai definisi tanda atau logo ‘tiada babi’ yang dipamer di premis makanan.
Kenapa orang Islam dilarang masuk kedai makan tulis Pork Free? Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, logo atau tanda tersebut seolah-olah menunjukkan makanan di premis berkenaan berstatus halal dan jika dibiarkan ia boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat pelbagai kaum, agama dan bangsa di negara ini.
“Saya telah arahkan pegawai-pegawai untuk melihat kembali supaya tiada muslihat oleh pemilik premis makanan dari segi tanda yang dipamerkan. Bagi pengguna Islam premis mempamerkan tanda ‘pork free’ (tiada babi), tidak ada logo halal… janganlah masuk sebab mereka buat tanda itu mungkin untuk kaum lain yang tidak makan khinzir,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda ‘tiada
Beliau berkata, hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dikunjungi oleh pengguna beragama Islam.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana premis makanan yang mempamer logo halal tetapi menjual makanan tidak halal.
Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata pihaknya akan mengadakan operasi besar-besaran ke atas pemilik premis yang tidak mempamerkan lesen dan menyerahkan operasi kedai kepada pekerja asing mulai minggu depan di Kuala Lumpur.
Beliau berkata mana-mana pemilik yang didapati menyerahkan operasi perniagaan mereka kepada pekerja asing akan diarah menutup kedai selain barangan akan dirampas.
“Walaubagaimanapun dalam perundangan, ada restoran yang layak mempunyai pekerja asing seperti bekerja di stesen minyak, pencuci pinggan mangkuk memang kita benarkan,” katanya.
p/s: Memanglah pork free tapi bahan masakan yang lain pula macam mana? Jangan terpedaya dengan premis makanan yang sengaja mengelirukan orang Islam nih…
Category: INFO SEMASA

Epl Akan Guna 30 Kamera Untuk Keputusan Ofsaid Leb ...

Insiden Putra Heights: Selangor Tawar Lebih 100 Ru ...

Liyana Jasmay Rasa Diri Low Selepas Ikut Trend T ...

Going Solo In State Polls Not An Option, Says Saba ...