Kemelut politik negeri Kedah yang bermula hampir dua minggu lalu hampir pasti akan melabuhkan tirainya minggu ini.
Pertemuan penting antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan semua wakil rakyat BN petang tadi merupakan noktah akhir untuk kemelut tersebut.
Menurut sumber SuaraTV sebentar tadi mendakwa hasil pertemuan tersebut menunjukkan tanda positif.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah dikatakan telah berpuas hati dengan pendirian majoriti ADUN BN yang telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.
Dilaporkan hanya dua ADUN sahaja yang tidak bersetuju dengan cadangan penukaran jawatan tersebut iaitu Dato’ Aminuddin Bin Omar yang merupakan Exco Belia dan Sukan serta Mukhriz sendiri yang tidak hadir pertemuan tersebut.
Susulan itu dipercayai Mukhriz akan digugurkan dari jawatan Menteri Besar selewat-lewatnya hari ini dan majlis angkat sumpah MB Kedah yang baru dijadualkan berlangsung pagi esok, kata sumber tersebut. – SuaraTV