KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pembela Nasib Melayu (Gerakan Merah) tidak akan mengadakan demonstrasi balas menentang himpunan #TangkapMO1 yang dijadualkan Dataran Merdeka esok.
“Kami, Gerakan Merah, tidak akan mengadakan perhimpunan atau protes kerana menghormati keputusan polis Kuala Lumpur dan polis Dang Wangi.
“Gerakan Merah akan ikut arahan polis untuk tidak membantah,” kata presidennya, Mohd Ali Baharom, yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju dalam kenyataan.
“Ini (#TangkapMO1) adalah himpunan yang dianjurkan oleh para pelajar yang belajar bagaimana berdemo. Oleh itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak terhadap mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunus yang mengetuai Himpunan Merah turut mengesahkan pihaknya tidak akan terlibat dalam mana-mana demonstrasi balas esok.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW